fbpx

Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokman ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kekal dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman sosial berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lalu.

Perkara itu ditentukan selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Badiuszaman Ahmad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pihaknya menarik balik rayuan terhadap Lokman Noor.

“Pihak pendakwaan menerima arahan untuk menarik balik rayuan terhadap responden,” ujarnya pada prosiding sebutan di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid.

Peguam Logen Eskandar Abdullah tidak membantah perkara tersebut. Mahkamah kemudian melapangkan tarikh sebutan yang dijadualkan pada 15 Oktober ini.

Pada 23 Jun 2023, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Lokman Noor, 51, daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman sosial Facebook melalui rakaman audio visual berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI