fbpx

Letak lipas dalam pinggan restoran demi makan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLIP video menunjukkan sebuah keluarga makan di sebuah restoran menjadi tular di internet. - Foto X

BANDAR RAYA MEXICO – Sebuah keluarga di Mexico dikenal pasti sebagai penipu kerana meletakkan lipas di atas pinggan restoran untuk makan secara percuma, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Perbuatan empat sekeluarga itu terbongkar selepas pengurusan sebuah restoran di Puerto Chale, Guadalajara melihat semula rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Dalam rakaman itu, seorang wanita berambut perang dalam keluarga tersebut mengeluarkan bekas kecil dari dompetnya lalu cuba mengalihkan ‘objek’ di dalam bekas ke atas pinggan.

Apa yang kelihatan seperti lipas itu enggan keluar dari bekas tersebut, menyebabkan wanita berkenaan mengambil garpu dan cuba memaksa ia keluar.

Selepas serangga itu keluar, keluarga tersebut memanggil pelayan lalu  berpura-pura marah dengan kehadiran lipas tersebut.  

Selepas mengadu tentang kejadian itu, keluarga tersebut meninggalkan restoran dengan semua makanan yang mereka pesan, dibungkus tanpa membuat sebarang bayaran.

Pihak pengurusan restoran itu kemudian memuat naik klip video itu di internet sebagai peringatan kepada pemilik perniagaan lain.

Selepas video itu menjadi tular, sebilangan pengguna platform X tampil menuduh keluarga tersebut sebagai menipu beberapa restoran lain di Guadalajara dengan menggunakan taktik serupa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI