fbpx

Lelaki pukul, tarik tudung isteri sampai tercabut di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu meminta suaminya untuk membelikan gincu. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang kecaman ramai kerana memukul dan menarik tudung isterinya sehingga tercabut, selepas wanita itu merajuk tidak dibelikan gincu, lapor saluran berita Liputan 6 semalam. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @vhiras5 memaparkan wanita tersebut meminta suaminya membelikan gincu yang dijual di hadapan kaunter pembayaran sebuah kedai serbaneka.

Dia kemudian meninggalkan suaminya, seolah-olah ‘merajuk’ selepas permintaannya ditolak.

Berang dengan reaksi itu, si suami selamba memukul dan menarik tudung isterinya sehingga tercabut di khalayak ramai. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih satu juta tontonan dengan rata-rata netizen berang melihat  perbuatan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI