fbpx

Lagi kes penjawat awam dicekup SPRM, salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 10 September di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penjawat awam disyaki menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan barang-barang keperluan logistik sekolah daripada syarikat milik suaminya berjumlah kira-kira RM270,000.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 10 September ini terhadap suspek wanita berusia dalam lingkungan 40-an dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Sumber berkata, suspek ditahan pada pukul 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara 2021 dan 2022.

“Suspek yang bertugas di sebuah sekolah di Lembah Klang dipercayai menggunakan jawatannya bagi membantu mendapatkan kerja pembekalan barang-barang keperluan logistik sekolah daripada syarikat milik suaminya berjumlah RM270,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim memberitahu, kes disiasat di bawah seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI