fbpx

KPT tunggu laporan pelajar universiti terlibat kegiatan ‘swinger’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (tengah) beramah mesra bersama pelajar selepas merasmikan Program Industri Nexus INDex POLYCC 2024 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang menunggu laporan kes pelajar institusi pengajian tinggi yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan persundalan seks bebas (swinger).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan perkara itu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya perlu dapatkan laporan kes itu terlebih dahulu kerana saya tidak mahu buat kenyataan ibarat menyapu sampah ke bawah karpet, ia mesti berdasarkan fakta.

“Apa pun, tidak kira siapa yang terlibat dalam aktiviti haram, sama ada pelajar atau orang awam, saya percaya pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Industri Nexus POLYCC 2024 (INDex POLYCC 2024) di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seramai 36 individu termasuk penjawat awam dan penuntut universiti ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti persundalan seks bebas dengan bertukar pasangan atau ‘swinger’ yang dipromosi secara dalam talian.

Kesemua individu itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di dua buah kondominium masing-masing di Mont Kiara, Sentul pada 25 Ogos dan Puchong pada 27 Ogos lalu.

Daripada 36 individu yang ditahan itu, dua lelaki masing-masing warga Singapura dan tempatan dipercayai berperanan sebagai pemilik laman sesawang, penganjur aktiviti persundalan dan juga pemilik akaun bank keldai yang menerima bayaran daripada pelanggan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI