fbpx

‘Kita boleh pilih suami, anak tidak boleh pilih ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Menjadi impian setiap wanita untuk berkongsi hidup dengan lelaki yang bukan sahaja penyayang, tetapi juga menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Untuk membina rumah tangga yang bahagia, pasangan suami isteri perlu bekerjasama dalam memainkan peranan masing-masing bukannya meletakkan tugasan itu kepada salah seorang sahaja.

Menerusi hantaran yang dibuat CuriousCat, seorang wanita berkongsi mengenai kemanisan hidup berumah tangga kerana memiliki lelaki yang bertanggungjawab.

“Setiap kali tengok suami uruskan anak, layan anak-anak sejak dari lahir sampai sekarang, memang rasa jatuh cinta lagi dan lagi. I rasa happy being a mom, but I am happier beranakkan anak-anak suami I (Saya rasa gembira menjadi ibu, tapi saya lebih gembira melahirkan anak-anak suami saya),” katanya.

Menerusi catatan sama, wanita itu memberitahu, suaminya kerap membantu melakukan kerja rumah seperti menyidai pakaian, menyapu dan mengurut kaki.

Disebabkan ‘pertolongan kecil’ itu, wanita itu memaklumkan dia kerap jatuh cinta dengan suami.

Wanita itu juga meluahkan rasa syukur kerana membuat pilihan yang tepat.

“Kita boleh pilih suami, tetapi anak-anak tak boleh pilih ayah,” katanya.

Sementara itu, pempengaruh terkenal, Maisarah Mahmud turut meninggalkan komen mengenai luahan itu di aplikasi X.

“Suka baca part ‘I rasa happy being a mom. Bila kita kahwin dengan orang yang bertanggungjawab, seronoknya diberi peluang untuk mengandungkan zuriat suami kita.

“Pregnancy kita best, bila kita dah melahirkan anak, tengok suami kita jadi ayah yang terbaik untuk anak kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI