fbpx

Kes kartel: Perkeso hentikan tuntutan Hospital Seberang Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim dan Mohammed Azman (kanan) pada sidang media Perkeso di Menara Perkeso di Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menghentikan sementara kelulusan dan kelayakan tuntutan yang dibuat oleh Jemaah Doktor di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, ia ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso di hospital berkenaan.

Menurut beliau, beberapa hospital lain yang juga dianggap mencurigakan dalam aspek kelulusan dan kelayakan tuntutan Perkeso kini dalam pemantauan dan pemerhatian Perkeso.

“Buat masa ini kita menghentikan tuntutan oleh Jemaah Doktor di Hospital Seberang Jaya. Bagaimanapun tuntutan untuk komuniti di sana masih boleh dibuat oleh Jemaah Doktor di hospital lain,” katanya pada sidang media di Menara Perkeso di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Untuk rekod, sebarang kelulusan dan kelayakan tuntutan Perkeso adalah berdasarkan cadangan dibuat Jemaah Doktor dan Jemaah Rayuan.

Semalam, media melaporkan SPRM menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel berkenaan.

Mereka yang ditahan ialah dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta.

Kesemua 32 individu itu terdiri daripada 19 pencarum Perkeso, lapan ejen, pegawai perubatan dan dua ‘runner’ itu ditahan dalam siri serbuan oleh SPRM baru-baru ini.

Terdahulu, Steven Sim menerangkan, tindakan SPRM menahan seramai 32 individu tersebut adalah atas inisiatif Perkeso melaporkan perkara berkenaan kepada SPRM.

Jelas beliau, Perkeso melalui siasatan dalaman Bahagian Anti Fraud, Etika dan Integriti (AEFI) tahun ini membongkar kewujudan rangkaian kartel penipuan tuntutan palsu faedah Hilang Upaya Kekal yang beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Menurut beliau, sejak 2 Julai 2024, Perkeso telah bekerjasama penuh dengan SPRM menjalankan Ops Tunjang bagi menumpaskan kartel tuntutan palsu tersebut.

“Sehingga kini, SPRM menerusi Ops Tunjang telah memberkas 32 individu termasuk tiga pengamal perubatan pada 3 September 2024 dengan nilai kerugian akibat kegiatan kartel dijangka mencecah lebih RM2 juta.

“Ops Tunjang akan diteruskan dengan kerjasama SPRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kesuma dan Perkeso tidak akan berkompromi serta bertekad memerangi kegiatan kartel sedemikian habis-habisan.

“Peruntukan faedah perlindungan sosial itu sepatutnya disalurkan kepada pencarum, selain waris keluarga yang betul-betul layak serta memerlukan,” katanya.

Tambah Steven Sim, beliau juga telah mengarahkan Perkeso mengambil langkah proaktif untuk merombak semula proses membuat tuntutan untuk mengelak perkara sama berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI