fbpx

Kartel tuntutan palsu Perkeso, KKM sedia beri kerjasama kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan tiga doktor kanan kerana didakwa membuat tuntutan palsu.

Ketiga-tiga doktor itu didakwa mempunyai kaitan dengan kartel yang memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Pulau Pinang.

KKM berkata, pihaknya mengambil maklum akan penahanan tiga doktor kanan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kartel memalsukan tuntutan hilang upaya.

“Di samping itu, kami ingin menegaskan bahawa tidak akan bertolak ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa oleh
warga KKM.

“KKM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam
sentiasa berada pada tahap yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Sebelum ini, SPRM menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel yang dikatakan telah memalsukan tuntutan hilang upaya PERKESO di negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan itu dan berkata, mereka yang ditahan ialah dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta.

Beliau berkata, kesemua 32 individu itu terdiri daripada 19 pencarum PERKESO, lapan ejen, pegawai perubatan dan dua ‘runner’ ditahan dalam siri serbuan oleh SPRM baru-baru ini.

“Kebanyakkan pencarum yang ditahan itu bekerja dalam sektor kilang dan pelabuhan di negeri ini dan kami menjangkakan untuk membuat lebih banyak tangkapan ketika siasatan kes itu berjalan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI