fbpx

‘Ikut saja aturan Tuhan’ – Aya belum terbuka hati bercinta lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aya kini sedang berkawan dengan seorang lelaki selepas putus tunang Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pempengaruh media sosial, Aya Amiruddin masih belum terbuka pintu hati untuk memulakan hubungan cinta baharu selepas ikatan pertunangan dengan bekas kekasih, Eronmose Sleem terlerai Mei lalu.

Aya, 27, bagaimanapun berkata, dirinya kini berkawan rapat dengan seorang jejaka bukan warganegara tempatan yang dikenalinya sebelum bertapak dalam industri hiburan tanah air.

“Sebenarnya dia adalah sahabat lama yang saya kenali sebelum masuk industri.

“Jadi, baru-baru ini kami bertemu semula, dia kata nak datang tonton filem pertama lakonan saya, iaitu Pontianak 200kg hari ini (semalam), saya okey sahaja,” katanya ditemui selepas tayangan perdana filem tersebut semalam.

Mengulas lanjut, wanita berdarah kacukan Malaysia-Afrika itu turut menepis dakwaan dirinya sedang menyulam cinta dengan jejaka berkenaan.

“Kami hanya berkawan, tidak lebih daripada itu. Buat masa ini saya hanya ikut sahaja apa yang sudah diaturkan oleh Tuhan.

“Saya sebenarnya perlukan masa untuk ‘move on’ selepas empat tahun dengan bekas tunang. Jadi, takkanlah lepas beberapa bulan, saya sudah bersama dengan orang lain?

“Buat masa sekarang, saya hanya fokus pada karier lakonan berbanding hubungan cinta,” katanya lagi.

Terdahulu, Aya mendedahkan ikatan pertunangan selama dua tahun dengan Sleem terlerai pada Mei lalu.

Aya menganggap tiada jodoh antaranya dengan bekas tunang biarpun sudah merancang mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI