fbpx

Harimau Malaya pasang misi ‘beli jiwa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMANGAT barisan pemain makin melonjak susulan suntikan dana bernilai RM15 juta daripada kerajaan buat Harimau Malaya.

PENGENDALI skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente menghargai sumbangan RM15 juta diperuntukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkukuhkan Harimau Malaya pada masa akan datang.

Menurut Pau Marti, habuan tersebut sudah pasti menaikkan lagi motivasi pasukannya untuk memberikan yang terbaik pada kempen Pestabola Merdeka menjelang aksi menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Kata Pau Marti, masih banyak potensi yang dimiliki Harimau Malaya untuk terus menyerlah di pentas antarabangsa terutamanya dalam usaha mendaki carta ranking dunia nanti.

“Kami menghargai sokongan Perdana Menteri. Harimau Malaya belum mencapai potensi penuh dan boleh berkembang. Sama ada berada dalam kelompok 100 atau 120 pasukan terbaik dunia, itu masih sekadar impian dan buat masa ini, kita masih berada di kedudukan 134 dunia.

“Lebih baik kita fokus daripada satu ke satu perlawanan. Namun, apa yang boleh saya katakan (sumbangan) itu adalah berita yang cukup positif,” katanya pada sidang media Pestabola Merdeka semalam.

Berdasarkan peruntukan itu, Anwar menjelaskan RM10 juta disumbangkan oleh kerajaan, manakala RM5 juta daripada pihak swasta khusus buat pengurusan, latihan dan kebajikan para pemain kebangsaan.

Dalam masa sama, Pau Marti tak berminat memikirkan mengenai masa depannya selaku ketua jurulatih Harimau Malaya, sebaliknya optimis anak-anak buahnya bersedia untuk menewaskan The Azkals yang menduduki ranking ke-147 dunia.

“Saya hanya seorang jurulatih bola sepak dan bukan tugas saya untuk mengawal perkara ini. Saya positif boleh meraih keputusan yang lebih baik. Apa yang berlaku pada masa lepas tidak akan menjejaskan motivasi pasukan.

“Fokus pasukan adalah untuk memikirkan tentang masa depan dan ketika ini, itulah perkara yang kita boleh kawal,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI