fbpx

Geng Ah Meng proses, jual arak tiruan sekitar JB tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALVEER SINGH (tiga dari kanan) menunjukkan arak tiruan yang dirampas pada sidang akhbar di Balai Polis Tampoi , Johor Bahru hari ini. Foto BAAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Geng Ah Meng yang aktif memproses dan menjual arak tiruan sejak enam bulan lalu tumpas selepas polis menyerbu dua kilang yang dijadikan tempat pemprosesan dan tempat simpanan kumpulan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, serbuan berasingan di Taman Johor dan Taman Kempas Utama kelmarin dan semalam itu melibatkan rampasan bernilai RM1.25 juta.

Menurut beliau, turut ditahan tiga suspek lelaki tempatan berusia antara 44 hingga 50 tahun yang merupakan ahli geng tersebut.

“Dalam serbuan pertama, polis berjaya merampas beberapa barangan termasuk 564 kotak arak pelbagai jenama, dua tong plastik, empat unit pam elektrik dan sebungkus pelekat ‘duty paid’ Kastam bernilai RM850,000.

“Manakala dalam serbuan kedua, polis berjaya merampas beberapa barangan antaranya sebuah lori tiga tan, lima buah kereta, empat unit mesin penekan botol, 18 bungkusan pelekat botol arak jenama terkemuka dan dua pelekat ‘duty paid’ Kastam bernilai RM400,000,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Tampoi, di sini hari ini.

Balveer Singh turut memberitahu, siasatan awal mendapati sebuah premis dijadikan tempat memproses manakala sebuah lagi merupakan tempat simpanan arak-arak tiruan tersebut sebelum dijual di pasaran tempatan.

“Sementara itu, kita juga telah kenal pasti dua lagi suspek geng ini, dimana salah seorang daripadanya merupakan ketua kumpulan. Kedua-dua lelaki tempatan ini berusia 48 dan 50 tahun. Kedua-dua suspek ini telah disenaraikan hitamkan dan telah dikenakan tahanan reman sehingga 9 dan 10 September,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI