fbpx

E-waste berisiko punca kes jenayah, rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Kes jenayah, salah guna kuasa, rasuah selain masalah kesihatan antara risiko boleh berlaku susulan daripada isu berkait sindiket memproses sampah elektronik atau e-waste.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beliau mengesan mengenai isu berkaitan e-waste yang dilaporkan di Johor baru-baru ini.

“Semua ini (isu e-waste) akan menyebabkan isu jenayah, salah guna kuasa dan rasuah, akhirnya isu kesihatan,” katanya pada wawancara khas bersama media di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, siasatan sedang dijalankan SPRM berhubung isu pengoperasian beberapa kilang memproses sampah elektronik atau e-waste di Segamat, Johor.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias dipetik berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai isu itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI