fbpx

Desatera sedia 20,000 hidangan kepada anggota tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Desatera sentiasa memastikan hidangan yang disediakan di 65 kem menyediakan menu yang berkualiti, segar dan sedap agar setiap anggota TDM mendapat manfaat daripada keperluan tersebut.

PETALING JAYA – Desatera Sdn. Bhd. (Desatera), syarikat usaha sama antara Dewina Holdings Sdn. Bhd. (Dewina) dengan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, memainkan pe­ranan penting dalam penyediaan perkhidmatan katering dan pe­ngurusan fasiliti kepada anggota Tentera Darat Malaysia (TDM).

Sejak penubuhannya pada tahun 1997, syarikat telah berkembang untuk menguruskan dapur tentera di 65 buah kem di seluruh negara dengan menyajikan sehingga 20,000 hidangan kepada anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Desatera, Datuk Paduka Feizal Nur Nurbi berkata, syarikat memainkan peranan yang penting memastikan anggota TDM mendapat pemakanan yang baik dan bersedia untuk memenuhi tugas-tugas mereka yang mencabar.

“Setiap hari, pasukan kami ­menyediakan dan menyajikan lima hidangan yang disusun ­dengan teliti, mematuhi piawaian tertinggi dari segi pemakanan dan rasa.

“Dedikasi kami terhadap kua­liti tercermin dalam rantaian bekalan yang kukuh dan kerjasama strategik dengan pembekal yang dipercayai, memastikan hanya bahan-bahan terbaik digunakan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Feizal menerangkan, Desa­tera juga menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan termasuk katering mudah alih, perkhidmatan bufet dan jamuan, serta penyelesaian hidangan yang disesuaikan untuk pelbagai acara dan sektor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI