fbpx

‘Central Kitchen’ Dolly Dim Sum ada sijil halal, cawangan dalam proses

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dapur Berpusat Dolly Dim Sum menerima sijil halal Jakim pada 1 Ogos lalu.

PETALING JAYA – Restoran popular, Dolly Dim Sum memaklumkan bahawa ‘Central Kitchen’ (Dapur Berpusat) yang membekalkan bahan dan makanan separa siap ke semua cawangannya sudah menerima sijil halal.

Dolly Dim Sum dalam kenyataan berkata, sijil bernombor 700-2/3/1021-06/2024 itu dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 1 Ogos lalu.

“Orang ramai boleh menyemak status halal di laman web Jakim dengan menggunakan 9 digit terakhir: 021-06/2024 (Klik pada Asia Mex, nama/ alamat korporat kami, untuk butiran lanjut),” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, pihak restoran itu memberitahu bahawa mereka juga sedang dalam proses mendapatkan sijil halal untuk setiap cawangan.

“Memperoleh sijil halal Dapur Berpusat (Central Kitchen) adalah sebahagian dari langkah penting dalam keseluruhan proses pensijilan ini,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI