fbpx

Besarnya pengorbanan ibu, nyawa jadi taruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan Wan Cai Official di Facebook.

PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan mencium jenazah ibunya sambil didukung oleh bapa meruntun hati netizen yang melihat video berkenaan di Facebook.

Menerusi video yang dimuat naik Mr Wan Cai Official, difahamkan ibu kanak-kanak itu meninggal dunia ketika sedang berjuang melahirkan cahaya mata kedua.

“Besarnya pengorbanan seorang ibu, nyawa dijadikan taruhan sewaktu melahirkan anak kedua. Terkesan melihat anak sulung arwah yang masih kecil mencium wajah ibunya buat kali terakhir.

“Semoga sang suami kuat dalam menghadapi ujian hebat dari Allah swt,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Secara amnya, pemergian orang yang kita kasihi adalah momen yang mampu membuat dunia kita seperti terhenti seketika.

Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan takziah dan ‘memujuk’ suami dan anak arwah untuk terus kuat menghadapi ujian yang Allah SWT berikan kepada keluarga mereka.

“Inna-lillah wa inna ilahi rajiun, semoga diampuni dan dirahmati Allah Taala ke atas arwah dan dipermudahkan urusan ahli keluarganya serta anak solehnya. Ameen,” komen Hairil Azmi Nahar.

“Inna-lillah wa inna ilahi rajiun salam takziah buat keluarga arwah. Semoga Allah permudahkan segala urusan,” komen Mariam.

“Tak kuat aku tengok anak kau, Eida. Semoga roh mu ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,” Komen Nurul Suzira Sulaiman.

“Nangis saya tengok. Tak boleh nak bayangkan kalau saya tak ada suatu hari nanti. Tak akan ada yang akan sayang anak-anak saya macam saya sayang mereka. Salam takziah buat keluarga,” komen Noor Afidah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI