fbpx

Beli burger RM9 tapi bayar 9 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelanggan dengan berani menipu dalam membuat pembayaran burger bernilai RM9.

PETALING JAYA – Seorang peniaga burger kesal dengan sikap pelanggan yang cuba memperdayanya apabila tidak membayar harga makanan yang dibeli merekaMenerusi hantaran pemilik gerai burger dikenali Joe di Facebook, dia berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi di mana seorang pelanggan cuba menipu dengan membayar burger berharga RM9 dengan 9 sen sahaja.

“Ikutkan gerai saya dah guna sistem Sound Box. Tapi masih ada yg cuba nak menipu terutamanya pada waktu kemuncak dan ‘customer’ ramai.

“Jumlah yang dia beli RM9. Tapi dia scan 9 sen sahaja. Bila ditanya dia cakap dia scan RM9, saya tunjuk resit yang tertera dekat telefon saya. Baru dia mengaku.” katanya.

Menurut Joe, kes ini telah diselesaikan secara baik tetapi tujuan dia membuat hantaran tersebut adalah untuk memberi pengajaran kepada peniaga kecil lain supaya sentiasa memeriksa bayaran yang dibuat.

“Saya cuba nasihatkan supaya tidak lagi berulang benda yang sama dekat gerai orang lain.

“Untuk hari ni, jumlah yang selebihnya tu saya belanja agar suatu hari nanti dia diberi petunjuk oleh Allah SWT,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI