fbpx

Bapa durjana ‘ratah’ dua anak selepas balik sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemasang jubin berdepan jel 50 tahun selepas mengaku salah merogol dan cabul dua anak perempuannya di Batu Pahat antara April dan 28 Ogos lalu.

MUAR – Seorang pemasang jubin berdepan penjara 50 tahun dan sebatan apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan cabul dua anak kandung perempuan di rumahnya di Batu Pahat, April dan bulan lalu.

Tertuduh berusia 45 tahun mengangguk faham dan mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan hari esok untuk pihak pendakwaan menyediakan fakta kes serta hukuman terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama, dia bekerja sebagai pemasang jubin didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat, antara pukul 2.30 hingga 4 petang, 28 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak bongsunya berusia 11 tahun pada waktu petang, sekitar April tahun ini, dengan perbuatan itu juga berlaku di rumah sama.

Berdasarkan laporan dibuat, ibu mangsa membuat laporan selepas salah seorang anaknya memberitahu dia ternampak kakaknya dirogol tertuduh ketika pulang dari sekolah.

Adiknya yang turut menjadi mangsa cabul tertuduh melihat kejadian itu melalui tingkap rumahnya sebelum terdengar kakaknya meminta pertolongan.

Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana bekerja di kedai jahit. Mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang ke rumah pada petang hari kejadian dengan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, pada pukul 10 malam hari sama.

Bertindak atas laporan dibuat, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di sebuah taman perumahan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Mangsa turut dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan dan pemeriksaan mendapati mangsa telah dirogol.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI