fbpx

Babi terjun lori tengah lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA ekor babi ‘terjun’ dari sebuah trak di sebuah lebuh raya Taiwan. - Foto UDN

TAIPEI – Dua ekor babi ‘melarikan diri’ dari sebuah lori di tengah lebuh raya di Taiwan, menyebabkan polis terpaksa campur tangan untuk menangkapnya, lapor laman berita MSNews.

Kedua-dua ekor haiwan itu terjun dari trak tersebut dalam kejadian pada malam Khamis lalu di Lebuhraya Wilayah Taiwan 74, daerah Wufeng, Bandar Taichung.

Polis terpaksa melakukan sekatan jalan raya sebagai usaha untuk menangkap haiwan berkenaan sebelum ia berjaya ‘ditambat’ semula.

Sebuah lori kemudian digunakan untuk mengalihkan babi-babi tersebut, manakala pemandu trak terbabit disaman. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI