fbpx

Apa berlaku jika empat negeri SG4 beralih kepimpinan – Mohd Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Puad

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mempersoal kewujudan State Government 4 (SG4) yang ditubuhkan membabitkan kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Soalnya, apa akan berlaku sekiranya negeri-negeri terlibat tidak lagi berada di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

“Apa akan jadi kepada Syarikat SG4 jika satu atau dua kerajaan negeri PN bertukar tangan. Terengganu, Kedah dan Perlis bukan mustahil dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN),” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu turut berkata, pelbagai isu rumit akan muncul kerana ia adalah perkongsian organisasi melibatkan empat negeri.

“Akan timbul banyak masalah baik dari segi pekerja, aset, saham dan lembaga pengarah. Tidak pernah empat negeri berkongsi buat satu syarikat. Sanusi pula tidak suka kongsi kongsi. Takut Sanusi kata, “Kedah rugi sejak Tuhan buat dunia ini lagi”.

“Justeru penubuhan syarikat SG4 ini bermotif politik bukan perniagaan. Apa lagi penasihatnya adalah Tun M (Tun Mahathir),” katanya.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) telah melancarkan syarikat SG4 Group Sdn. Bhd. (SG4 Group) untuk tujuan kerjasama dalam bidang ekonomi melibatkan empat negeri di bawah pentadbiran gabungan itu.

Ketua Panel Penasihat Sidang Kemuncak Kerajaan Empat Negeri (SG4), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan negeri terbabit iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis masing-masing memiliki 25 peratus ekuiti syarikat terbabit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI