fbpx

‘Reda sahaja, Allah dah tetapkan chapter saya begini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sufian menafikan hubungan cintanya dengan wanita bernama Rania kembali terjalin.

KUALA LUMPUR – “Inilah hidup kot. Kita semua ada chapter (bahagian) masing-masing.”

Itu kata penyanyi Sufian Suhaimi, 32, selepas berkali-kali berdepan kegagalan untuk bergelar seorang suami.

Menurut pelantun lagu Di Matamu itu, dia tidak kesal dan tiada sekelumit rasa dendam terutama apabila putus tunang dengan wanita bernama Rania Al Sadat yang didedahkan kepada media awal April lalu.

“Allah sudah letakkan chapter kehidupan saya sebegitu. Saya reda sahaja dan saya pun tak nampak benda ini (putus tunang) sebagai satu perkara yang menjatuhkan sesiapa.

“Benda ini berlaku kepada semua orang. Kebetulan, berlaku kepada diri saya dan orang kenal saya.

“Tak rasa sebarang tekanan, mungkin kesedihan itu sedikit sebab sebagai manusia kita, ada perasaan itu,” katanya kepada HibGlam semalam.

Dalam pada itu, Sufian menafikan dakwaan sebilangan pihak hubungan cintanya bersama Rania kini kembali berputik.

Katanya, video yang tular menunjukkan mereka bersama sebelum ini adalah rakaman lama yang kembali menjadi bualan dalam media sosial.

“Itu video lama dan apa yang pernah saya kongsikan sebelum ini juga masih sama.

“Cuma kami baik-baik sahaja, tiada sebarang drama. Hubungan kami lebih baik sebagai kawan. Kami ada berkomunikasi sekiranya ada keperluan,” ujarnya.

Terdahulu sekitar 1 April, Sufian mendedahkan hubungan istimewa dia dan Rania sudah berakhir selepas dia menghantar rombongan merisik pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas kisah hubungan berakhir timbul pula video memperlihatkan mereka bersama sehingga ada yang mendakwa mereka kembali bersama.

Imbas kembali, selain pernah bercinta dengan Rania, Sufian juga pernah bertunang dengan pelakon Elfiya Loy pada 2017 namun hubungan mereka dengan tidak berkekalan apabila tali pertunangan terputus pada 17 Februari 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI