fbpx

7 rakyat Malaysia ditangkap ceroboh perairan Filipina akan dibawa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Baitul Mahabbah Tanah Merah Jabatan Imigresen di Depot Imigresen Tanah Merah, Tanah Merah hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

TANAH MERAH – Kerajaan sedang dalam proses untuk membawa pulang tujuh rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Filipina selepas dipercayai menceroboh perairan negara itu secara haram pada Ahad lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sudah diberi taklimat oleh Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos mengenai usaha tersebut yang sedang dilakukan ketika ini.

Menurutnya, selain itu, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah juga sedang mengenal pasti syarikat agensi pelancongan yang menguruskan kesemua rakyat Malaysia dalam kes tersebut.

“Berdasarkan maklumat, bot yang membawa pelancong Malaysia melepasi perairan Filipina sebelum mereka ditangkap.

“Segala maklumat mengenai punca mereka ditahan dan perkara lain melibatkan kes itu masih dalam siasatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Baitul Mahabbah Tanah Merah Jabatan Imigresen, di Depot Imigresen Tanah Merah di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, pihak berkuasa Filipina menahan 15 individu termasuk tujuh rakyat Malaysia selepas disyaki memasuki perairan negara itu secara haram pada Ahad lalu.

Selain rakyat Malaysia, baki lapan lagi yang ditahan membabitkan warga China.

Difahamkan, kumpulan pelancong terbabit sedang bercuti di Semporna dan dilaporkan pergi memancing di perairan Malaysia apabila secara tidak sengaja memasuki wilayah Filipina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI