fbpx

180 keluarga komuniti Sabah, Sarawak di Johor terima bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

PETALING JAYA – Seramai 180 keluarga komuniti Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Johor Bahru menerima sumbangan makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu disampaikan Pengurus Kanan YSIJ kepada Datuk Asman Shah Abd. Rahman, Pegawai Daerah Johor Bahru, Shah Reza Md. Kanafe hari ini.

“Majlis penyampaian sumbangan berlangsung di Pasar Muafakat Sabah, Masai,” kata catatan itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI