fbpx

12 pendatang asing maut bot terbalik di Selat Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota kecemasan mengusung seorang mangsa yang cedera di Boulogne-sur-Mer, utara Perancis semalam. - AFP

PARIS – Sekurang-kurangnya 12 pendatang asing maut di luar pantai utara Perancis semalam ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris ke England dalam bencana paling dahsyat seumpamanya tahun ini, kata kerajaan Perancis selepas operasi menyelamat besar-besaran.

Mengumumkan jumlah kematian pada platform X, Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berkata, dua mangsa masih hilang.

Beberapa orang cedera selepas bot yang membawa berpuluh-puluh pendatang asing tanpa izin itu mengalami masalah di luar Wimereux dan terbalik. Ia merupakan sebuah bandar yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Boulogne-sur-Mer di pantai Perancis.

Sumber yang rapat dengan siasatan berkata, mangsa yang maut termasuk tiga kanak-kanak.

Menurut pendakwa raya Boulogne-sur-Mer, Guirec Le Bras, pendatang asing yang mati kebanyakannya dari Eritrea. 

“Sepuluh daripada mereka ialah perempuan dan dua lelaki,” katanya sambil menambah, separuh daripada jumlah itu adalah kanak-kanak.

Menurut Pengawal Pantai Perancis, penyelamat berjaya menyelamatkan 53 orang yang berada di dalam kapal itu, dengan sebahagian besar memerlukan rawatan perubatan segera dan dibawa untuk menerima rawatan di Boulogne-sur-Mer.

Helikopter tentera laut Perancis, bot nelayan dan kapal tentera telah dikerahkan untuk operasi menyelamat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI