fbpx

[VIDEO] Atuk ‘beli jiwa’ cucu bina kereta api mini keliling rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan seorang lelaki membawa cucunya meronda keliling rumah menaiki sebuah kereta api mini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berstatus datuk pastinya akan cuba membahagiakan cucunya dengan apa cara sekali pun terutamanya bagi yang berjauhan.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, tular seorang datuk telah menyediakan kereta api mini yang lengkap dengan rel di sekeliling rumahnya untuk menambat hati cucunya.

Menariknya, kereta api itu berfungsi dan boleh membawa penumpang mengelilingi halaman rumah.

Berdasarkan klip video yang tular itu juga kelihatan lelaki berkenaan membawa cucunya bersiar-siar di halaman rumah menaiki kereta api mini berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar rumah lelaki berkenaan, namun dipercayai di sebuah kawasan di Melaka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial teruja dengan kreativiti lelaki berkenaan yang mampu menyediakan kereta api mini untuk menghiburkan cucu mereka ketika pulang ke kampung.

“Untung ko cu dapat atok macam ni, jarang nk jumpa,”tulis @lin.

“Nak nak suruh bapak saya buatlah macam ni, biar suami saya selalu ajak balik kampung saya, suami saya suka benda-benda macam ni,”kata @Aslijah Mukrim.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Werkeeth.

“Main dengan cucu tok wan sanggup buat apa sahaja, penat tak apa, habis duit pun tak apa. Sayang cucu lebih dari anak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

@lisaamanda40 Balik kampung kita Naik train pusing2… Thanks tok ayim … Tut tut tut tut #train #balikkampung #melaka #fyp #fypシ ♬ original sound – Lisamanda 0utlet

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI