fbpx

Usaha sama AmBank, RAMS Fintech pertingkat akses gaji kepada pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Christopher Yap (kiri) pada majlis pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara AmBank dengan Rams Fintech di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – AmBank Group telah memeterai kerjasama strategik dengan anak syarikat milik penuh Ramssol Group Bhd iaitu Rams Fintech Sdn. Bhd. (RAMS Fintech) bertujuan untuk menawarkan akses kepada gaji yang diperoleh (EWA) kepada pekerja melalui platform dalam talian Rams Fintech yang dikenali sebagai Pay Day Now (Platform).

Pengarah Urusan, Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank, Christopher Yap berkata, kerjasama itu membolehkan pekerja mengakses gaji yang mereka peroleh sebelum hari gaji biasa, meningkatkan kestabilan kewangan dan fleksibiliti tanpa beban faedah.

Ini kerana platform tersebut hanya mengenakan yuran pempro­sesan tetap, menjadikannya sebagai pilihan yang lebih mudah diakses dan kos efektif bagi warga kerja.

Melalui usaha sama ini, ke­dua-dua pihak akan meneroka peluang untuk memperkenalkan produk masing-masing kepada audiens baharu.

Ia juga akan dapat memanfaatkan pelanggan antara satu sama lain mengembangkan jangkauan masing-masing serta dapat memacu pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Platform ini akan dilancarkan dengan pasaran sasaran awal daripada perkhidmatan awam hingga ke syarikat tersenarai awam.

Tujuannya adalah untuk memperbaiki peneraju terkenal dalam pengurusan modal insan dan penyelesaian transformasi digital bagi menawarkan akses kepada gaji yang diperoleh (EWA) kepada pekerja pelanggan ­mereka melalui platform dalam talian.

“Kerjasama dengan Ramssol Group ini menandakan langkah penting ke hadapan dalam misi AmBank untuk menyediakan ­penyelesaian inovatif yang memacu ke arah kelestarian sosial bagi pelanggan kami.

“Kepakaran mendalam mereka dalam pengurusan modal insan dan penyelesaian digital selari dengan visi kumpulan untuk memperkasakan perniagaan dalam menghadapi persekitaran yang berubah dengan pantas.

“Bersama-sama, kami berhasrat untuk menawarkan nilai yang tiada tandingan kepada pelanggan kami ketika mereka menavigasi transformasi digital,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

EWA boleh membantu merapatkan jurang ini dengan memberi pekerja kawalan yang lebih besar ke atas pendapatan mereka, mengurangkan tekanan kewangan antara tempoh gaji.

Program ini bukan sahaja ­menyokong kesejahteraan kewangan tetapi juga selaras dengan objektif ESG kami.

“Tenaga kerja yang mempunyai jaminan kewangan adalah lebih produktif dan berpuas hati.

“Melalui EWA, kami mengambil langkah penting dalam menyediakan penyelesaian kewangan inovatif yang mempromosikan keterangkuman kewangan yang lebih besar dalam tenaga kerja,” ujar beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI