fbpx

Tiga hari hilang akhirnya ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengangkat mayat Antonius Permisi terjatuh dari feri pada Ahad lalu.

KINABATANGAN – Seorang lelaki ditemui lemas, hari ini selepas terjatuh dari feri mengangkut barang dan hilang sewaktu menyeberang sungai di kawasan estet Ahad lalu.

Pasukan bomba menemui mayat Antonius Permisi, 45, sekitar pukul 10.30 pagi tadi ketika melakukan operasi pencarian yang sudah memasuki hari ketiga.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, lelaki warganegara Indonesia berkenan ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki dipercayai sedang mengangkut baja menggunakan feri mengangkut barang dilaporkan terjatuh semasa menyeberang sungai pada Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI