fbpx

Tidak benar pegawai Jakim di kementerian terlibat gubal dasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAHMI

PUTRAJAYA – Tuduhan mengaitkan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang ditempatkan di jabatan kerajaan terbabit gubal dasar adalah tidak berasas sama sekali.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, beliau dimaklumkan, pegawai Jakim itu hanya berperanan dari segi integriti dan pengisian kerohanian dalam jabatan tersebut.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi mengesahkan, isu pegawai Jakim dibangkitkan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) itu turut dibawa dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar) beri peringatan bahawa sehingga hari ini tidak ada kementerian yang telah mendapat penempatan pegawai Jakim yang baharu.

“Untuk mengeluarkan tuduhan pegawai Jakim ada terlibat dalam isu dasar dalam kementerian, itu terlalu jauh dari matlamat asal penempatan mereka.

“Mereka ditempatkan untuk bantu terutama dari segi integriti, pengisian kerohanian dalam kementerian tersebut bukan untuk memberi pandangan berkaitan soal dasar,” katanya pada sidang akhbar mingguan hari ini.

Sebelum ini, MCCBCHST menyuarakan bantahan mereka susulan laporan bahawa pegawai agama Islam akan ditempatkan di semua jabatan kerajaan bagi memastikan keputusan yang dibuat selari dengan prinsip Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI