fbpx

‘Tiada jampi, mantera digunakan hanya skrip’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Townhall Discussion 'Cybercrime Threat' Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan 2024 di berlangsung Dewan Majlis Bandaraya Seremban hari ini.

SEREMBAN – Mangsa penipuan dalam talian yang mendakwa ‘dipukau’ sebenarnya menjadi mangsa permainan emosi ahli sindiket sehingga gagal berfikir secara rasional.

SAC Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zaldino Zaludin berkata, pemikiran mangsa sebenarnya telah ditundukkan secara psikologi dengan titik perhatian yang menakjubkan.

“Ramai mangsa penipuan rasa ‘terpukau’ tetapi minda mereka telah diambil alih secara psikologi disebabkan suatu tekanan, rasa takut, cemas dan terlalu berkehendak.

“Tiada jampi, mantera atau kemayan digunakan,” katanya pada Program Townhall Discussion ‘Cybercrime Threat’ Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan 2024 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Menurut Zaldino, tindakan sebaiknya dilakukan mangsa adalah dengan mematikan panggilan pihak sindiket supaya mereka tidak terus mempengaruhi minda dan jangan mengikut arahan diminta.

Jelas beliau, sindiket penipuan biasanya akan menggunakan intonasi suara yang tegas dan menyakinkan seolah-olah daripada agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pihak bank.

“Scammer ini akan membaca skrip disediakan dengan menggunakan suara yang tegas dan kemas,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu seramai 12,722 individu telah ditahan membabitkan kes jenayah siber yang direkodkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI