fbpx

‘Tak harap bahagia semata-mata’ – Alif Teega ‘ikhlaskan’ dugaan hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pempengaruh sensasi reda dengan ketentuan Ilahi selepas isteri, Aisyah Hijanah memfailkan permohonan cerai.

PETALING JAYA – Bagai reda dengan ketentuan takdir, pempengaruh sensasi Alif Teega yang berdepan permohonan cerai daripada isterinya, Aisyah Hijanah memilih keikhlasan sebagai topik untuk dikongsikan dengan khalayak.

Alif atau nama sebenarnya, Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, berkata, sebagai insan tentu sahaja semua orang ingin dilingkungi bahagia namun pada masa sama harus reda menerima apabila diuji dalam kehidupan.

“Kita perlu terima setiap rasa yang kita lalui dalam hidup kita. Kita tak boleh mengharapkan semata-mata bahagia.

“Kita juga tidak boleh menolak kecewa, luluh dalam hati kita. Kerana itulah fitrahnya,” katanya dalam hantaran Instagram.

“Tapi seandainya kita mengikhlaskan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti kita akan tenang,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Menerusi hantaran lain, Alif memuat naik video melayani ajak perempuan bermain layang-layang di tepi pantai namun meletakkan kapsyen syahdu pada video berkenaan.

Katanya, ujian didepani kini membabitkan pelbagai rangkuman perasaan tetapi pada masa sama bersyukur masih berpeluang berada di sisi anaknya.

“Yang selalu ditinggalkan, satu saat Allah uji dengan kerinduan yang berbagai-bagai.

“Walau sesaat terasa rindu, namun dihukum dengan waktu yang teramat lama. Menahan sesak sepanjang waktu. Sakit, kecewa semua dicampur sekali,” ujarnya.

Terdahulu, Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor, pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, pempengaruh berusia 26 tahun itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai punca berbuat demikian ketika hubungannya dengan suami tampak bahagia.

Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian apabila Alif menikahi wanita dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand pada 18 November tahun lalu ketika Aisyah sarat hamil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI