fbpx

Syarikat swasta perlu contohi Khazanah Nasional beri gaji minimum RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (tiga kanan) dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (dua kanan) bergambar pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional di Mitec, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua syarikat swasta mencontohi keupayaan Khazanah Nasional Berhad dengan menetapkan gaji minimun kepada pekerja sebanyak RM3,000 sebulan.

Katanya, nilai kemanusiaan syarikat swasta seharusnya melangkaui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Sebab itu saya ucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada Khazanah kerana inilah satu badan yang menetapkan gaji minima bagi setiap pekerja dalam keluarga Khazanah RM3000 lebih.

“Syarikat swasta lain ikut sama (naikkan gaji minima). Jangan sambil membangun gedung tapi roboh nilai kehidupan” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional di Mitec, di sini hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Khazanah Nasional berkata, kadar keutamaan pembangunan negara juga harus menilai keadilan kepada pekerja.

“Keuntungan penting tetapi nasib pekerja juga penting,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI