fbpx

Sumbangan RM15 juta: FAM bersyukur dapat ‘durian runtuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden FAM, Datuk Hamidin (kanan) mengetuai barisan Exco untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi peruntukan RM15 juta bagi memperkasakan pasukan Harimau Malaya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan badan induk itu sebentar tadi, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif bakal mengadakan pertemuan dengan Anwar dalam masa terdekat.

Menurut FAM, pertemuan itu akan membentangkan struktur organisasi pengurusan pasukan kebangsaan bagi merealisasikan usaha mengangkat pasukan Harimau Malaya menjadi salah satu pasukan gergasi di rantau Asia.

“Sudah tentu FAM sangat berbesar hati dengan kesungguhan dan komitmen daripada Datuk Seri Anwar dalam memberikan peruntukan itu selain beliau sendiri menyatakan secara peribadi untuk memantau dan membantu dalam usaha memperkukuhkan pasukan Harimau Malaya,” kata FAM dalam kenyataan.

Sebagai rekod, Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, pagi tadi mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta buat skuad Harimau Malaya.

Kata Anwar, RM10 juta daripada jumlah berkenaan disumbangkan oleh kerajaan manakala RM5 juta daripada pihak swasta khusus buat pengurusan, latihan serta kebajikan para pemain kebangsaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI