fbpx

Shah Rukh Khan tak sanggup jadi ‘pak turut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

KERAP diajukan pertanyaan punca tidak melebarkan langkah di Hollywood, Shah Rukh Khan (SRK) mempunyai alasan tersendiri dan hanya selesa beraksi di tanah air sendiri.

Bukan enggan mengikut jejak langkah rakan seperjuangan lain, bintang Dilwale itu mengakui sukar untuk menebak situasi mahupun peluang, memandang Hollywood menjadi tumpuan ramai lagi selebriti lain.

“Bukan ego, tapi saya kena mempertimbangkan beberapa perkara terutama watak. Takkan saya kena galas peranan kecil, sedangkan di India kedudukan saya sudah selesa.

“Itu antara punca saya berat hati ‘terbang’ ke sana selain bahasa Inggeris saya kurang mantap. Jadi, biarlah saya teruskan kerjaya di sini, sekali gus membantu menaikkan nama Bollywood di mata dunia,” katanya.

Lebih tiga dekad mengukuhkan nama sehingga dikenali di persada dunia, SRK membina reputasi tersendiri di arena perfileman dan digelar Raja Bollywood.

Dalam kalangan penggiat industri lakonan India, dua aktres iaitu Priyanka Chopra dan Deepika Padukone kini antara bintang yang berjaya bolos di Amerika Syarikat sama ada sebagai pelakon mahupun penerbitan filem.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI