fbpx

Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun tangani pertindihan, fungsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bagi Bulan September di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan untuk menangani isu pertindihan fungsi dan penjimatan dana negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan sekretariat berkenan sebagai usaha kerajaan melaksanakan reformasi melibatkan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ia berkuat kuasa serta-merta.

“Saya sudah putuskan baru-baru ini untuk Kementerian Kewangan, mewakili kerajaan keseluruhannya membentuk jawatankuasa dua hala, jawatankuasa mengemas kini rasionalisasi badan berkanun.

“Badan berkanun itu terlalu banyak dan bertindih (fungsi), rasionalisasi maknanya kurangkan keterlanjuran dan belanja,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI