fbpx

Sedih penyokong boikot, cuma 1,000 tiket terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMER (kanan) bertekad untuk merakam kemenangan ke atas Filipina bagi menarik minat penyokong turun ke SNBJ. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Tonggak tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba menyeru barisan pemain memberikan sepenuh jiwa di atas padang pada Pestabola Merdeka kali ini agar dapat kembali menarik minat penyokong hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Syamer berkata, mereka bertekad untuk melakar kemenangan ke atas Filipina malam esok bagi membolehkan pasukan mara ke final sekali gus ‘membeli jiwa’ penyokong untuk turun aksi final Pestabola Merdeka menentang Tajikistan atau Lubnan pada Ahad ini.

“Secara jujur, itu satu benda (penyokong boikot) yang menyedihkan sebab semangat saya datang ke sini sebenarnya adalah penyokong.

“Namun, (boikot) adalah benda yang kami tak dapat nak kawal. Namun, jika mereka tidak dapat datang pada perlawanan pertama, mungkin dapat hadir pada aksi kedua dan beri sokongan kepada kami.

“Justeru, kami wajib dapatkan kemenangan dan tunjukkan yang kami bersatu dan tidak berasingan.

“Kami hormati itu dan apa yang kami boleh berikan adalah permainan yang terbaik. Saya percaya ramai yang ingin menonton permainan kami,” katanya pada sidang media di SNBJ hari ini.

Difahamkan, hanya 1,000 tiket Pestabola Merdeka berjaya dijual meskipun kapasiti venue perlawanan boleh menempatkan kira-kira 85,000 penonton.

Mengulas mengenai perlawanan, bintang pinjaman Penang FC itu enggan mengambil pusing persiapan serba kekurangan The Azkals, sebaliknya fokus memantapkan pasukan sendiri.

“Filipina ada persediaan mereka yang kita hormati, tetapi kita tak anggap ia sebagai kelebihan bila bermain. Semua orang akan beri sehabis baik dan harap benda akan jadi satu motivasi untuk kami buat lebih baik demi penyokong dan semua rakyat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI