fbpx

Saya penyokong tegar Manchester United – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bagi Bulan September di Putrajaya, hari ini. -Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau merupakan peminat tegar kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United.

Anwar berkata, biarpun dia dikelilingi cucu yang meminati pasukan berlainan, namun beliau tetap kekal setia bersama kelab bola sepak berkenaan.

Jelasnya, setiap kali kekalahan Manchester United beliau sering kali menjadi bahan jenaka oleh cucu-cucunya.

“Saya ini dari dahulu memang penyokong Manchester United. Cucu-cucu saya kata Papa Tok, you are ancient (Papa Tok kuno), the history is gone (sejarah telah berlalu).

“Saya kata tidak, saya tidak mahu tukar (sokongan kepada kelab bola sepak lain).

“Dia (cucu) sokong Arsenal, sebahagian kecilnya Liverpool, saya kata tidak, saya kata saya tidak akan bersama (menyokong pasukan selain daripada Manchester United),” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Manchester United mengalami kekalahan ketika menentang Liverpool dengan keputusan 0-3 di Old Trafford.

Kemenangan Liverpool itu hasil sumbangan dua gol daripada pemain sayap dari Colombia, Luis Diaz dan gol ketiga daripada penyerang terbilang dari Mesir, Mohamed Salah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI