fbpx

Sanusi banyak main politik – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kiri), Muhammad Sanusi (kanan)

PUTRAJAYA – Tuduhan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kononnya Kerajaan Perpaduan masih ‘bermain politik’ di negeri ditadbir pembangkang adalah tidak benar sama sekali.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata sebaliknya kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat termasuk di negeri pembangkang.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri bukan hanya meluangkan masa melawat negeri-negeri pembangkang sebaliknya mengenal pasti masalah yang harus diatasi segera.

“Sebagai contoh, Perdana Menteri telah mempercepatkan proses pelaksanaan projek seperti ketika beliau ke Rantau Panjang dan Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini untuk melihat masalah bersebelahan dengan Sungai Golok,” katanya pada sidang akhbar mingguan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa menteri dan timbalan menteri Kerajaan Perpaduan masih mengamalkan sentimen politik tebal dengan negeri-negeri pembangkang.

Beliau dilaporkan berkata, pihak pembangkang sudah membuka ruang seluasnya untuk bekerjasama namun, kerajaan tetap ingin bermain politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI