fbpx

‘Sanggup bersujud, janji korang tak ganggu mental isteri-isteri saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABANG Tesla merayu netizen agar tidak mengeluarkan spekulasi yang boleh memberi tekanan kepada dua isterinya.

PETALING JAYA – Tidak tahan melihat isteri-isterinya menjadi mangsa serangan netizen, pempengaruh Abang Tesla mengakui sanggup berbuat apa sahaja walaupun perlu bersujud jika itu boleh mengelakkan mereka dikecam.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal IItizam Yusry, 29, merayu kepada orang ramai agar tidak melempar kecaman mereka sekali gus mengganggu kesihatan mental insan kesayangan kerana semua kekecohan berpunca daripadanya.

“Saya merayu untuk serang saya sahaja. Kalau nak serang, melemparkan kata-kata kesat boleh lemparkan pada saya sahaja.

“Saya sanggup bersujud untuk minta maaf kalau saya menyakitkan hati kalian. Saya sanggup buat apa sahaja, janji korang tak ganggu mental mereka berdua.

“Isteri kedua saya sedang berpantang dan teruskan juga kata-kata positif kepada Kak Maj (isteri pertama),” katanya dalam Insta Story.

Kontroversi membabitkan pasangan berpoligami itu tercetus apabila isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari mendakwa keluarga seseorang menghina dirinya sebagai wanita mandul.

Wanita itu berkata sudah lama berdiam diri membuatkan ada pihak menyalahkannya sehingga mengganggu proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani.

Susulan itu, ramai mengaitkan luahan tersebut dengan madunya, Nursyafiqa Mohd. Hanafi yang mengakibatkannya menjadi sasaran kecaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI