fbpx

RM15 juta untuk Harimau Malaya – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15 juta kepada pasukan Harimau Malaya bagi memperkukuh pembangunan bola sepak negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah berkenaan RM10 juta disumbangkan oleh kerajaan, manakala RM5 juta daripada pihak swasta.

Jelasnya, peruntukan ini adalah khusus buat pengurusan, latihan dan kebajikan para pemain.

“Saya mengambil keputusan secara peribadi untuk memantau dan membantu memperkukuh pasukan Harimau Malaya di Malaysia ini.

“Kalau kita dapat pengurusan dan jurulatih yang menunjukkan komitmen mereka, saya percaya kita mampu mengangkat nama dan kewibawaan Harimau Malaya mewakili negara Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI