fbpx

Polis Pahang lupus dadah, ketum bernilai RM535,009.15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAHAYA (dua dari kiri) memasukkan sebahagian barangan berupa dadah ke dalam tong untuk dilupuskan di pekarangan IPK Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah termasuk air dan daun ketum dianggarkan bernilai RM535,009.15 yang dirampas dalam tempoh 13 tahun dari 2011 sehingga kini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua dadah berkenaan dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah yang telah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman dikenakan kepada pesalah kes terbabit telah tamat.

“Antara jenis dadah yang dilupuskan termasuk heroin seberat 8,465.45 gram, methamphetamine seberat 22,041.39 gram, kanabis seberat 1,464.98 gram, ketamin seberat 237.92 gram, nimetazepam seberat 60.61 gram, yaba seberat 149.19 gram, dan ekstasi seberat 56.05 gram.

“Turut dilupuskan 4,840.85 liter air ketum, daun ketum seberat 70,016.71 gram, kodein sebanyak 310.69 liter dan pil psikotropik seberat 0.1 gram.

“Terdapat juga lain-lain jenis dadah yang turut dilupuskan seperti mannitol, methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan erizolam masing-masing sebanyak 190.17 dan 127.57 gram,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Tambahnya, jumlah keseluruhan barangan yang dilupuskan berkenaan adalah sebanyak 3,095 item yang diperoleh daripada rampasan yang dilakukan seluruh daerah di negeri ini.

Menurut Yahaya, pelupusan akan dilaksanakan esok oleh kontraktor bertauliah dan profesional iaitu Syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI