fbpx

Perairan Malaysia dilanda angin kencang, laut bergelora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan negara hingga 2 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan 10 pagi tadi menyatakan amaran laut bergelora melibatkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Pahang, Sabah Timur dan Lahad Datu.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) yang berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Bagi aktiviti perkapalan pula, amaran ribut petir , hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Selatan, selatan Samui, utara Tioman, Condore, Sulu dan Sulawesi sehingga 2 petang ini.

Sementara itu, amaran angin kencang barat berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) turut dijangka di kawasan perairan Phuket sehingga 7 September ini.

MetMalaysia turut menyatakan keadaan ini adalah berbahaya kepada aktiviti bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI