fbpx

Pegawai penguat kuasa antara 6 lelaki direman kes lindungi kegiatan penyeludupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai SPRM membawa enam lelaki termasuk seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan selepas prosiding reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Enam lelaki termasuk seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan direman lima hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi selain tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap kegiatan penyeludupan barang-barang bersubsidi.

Perintah tahanan reman terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu bermula hari ini hingga Sabtu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Kesemua lelaki itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, keenam-enam lelaki itu dicekup di pejabat SPRM, Jalan Sultan Yahya Petra di sini kira-kira pukul 2 petang sehingga 5 petang semalam semasa mereka hadir memberi keterangan.

Mereka ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan sebanyak RM5,000 hingga RM10,000.

Suapan itu bagi melindungi dan tidak memgambil tindakan undang-undang ke atas kegiatan penyeludupan barangan subsidi iaitu minyak dan kontraban yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI