fbpx

Negara Afrika belum terima vaksin mpox dari Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mendengar nasihat doktor di luar bilik rundingan pusat rawatan mpox di utara Goma, DRC pada 17 Ogos lalu. - AFP

KINSHASA – Negara-negara Afrika yang terjejas akibat varian baharu wabak mpox masih belum menerima mana-mana vaksin yang dijanjikan Barat, sekali gus menyebabkan pelancaran kempen vaksinasi tidak dapat dilakukan minggu lepas, lapor akhbar The Guardian. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Republik Demokratik Congo (DRC) diisytiharkan sebagai pusat penularan varian baharu yang dikenali sebagai Clade 1b, dengan 18,000 kes yang disyaki dan 629 kematian pada tahun ini. 

Varian berbahaya itu turut dikesan di Burundi, Uganda, Rwanda, Kenya, Sweden dan Thailand.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, dos vaksin mpox pertama sepatutnya tiba di DRC dalam tempoh beberapa hari.

Kenyataan yang sama dibuat baru-baru ini mengenai 50,000 vaksin yang akan disumbangkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak sampai pada masa ditetapkan dan tiada sebarang tindak balas yang diselaraskan. 

Pada masa sama, Sepanyol turut menjanjikan 500,000 dos, manakala Perancis dan Jerman menjanjikan 100,000 setiap satu, namun tiada satu pun dos disampaikan setakat ini.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Afrika berkata pada Rabu lalu bahawa daripada AS$245 juta (RM1.06 bilion) yang diminta untuk menangani wabak itu, hanya 10 peratus dibiayai.

Walaupun mpox pertama kali dikenal pasti pada manusia di DRC pada tahun 1970, negara-negara Afrika yang terdedah kepada penyebarannya bergantung pada sumbangan vaksin daripada simpanan negara yang lebih kaya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI