fbpx

Maresca berang kena ‘scam’ penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARESCA (tengah) berang dengan ketumpulan penyudah jentera serangan apabila sekadar seri 1-1 menentang Palace malam kelmarin. - AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menyuarakan rasa kecewa apabila skuad kendaliannya gagal mengutip tiga mata selepas terikat seri 1-1 menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam kelmarin.

Meskipun menguasai sepenuhnya perlawanan selain melakukan tujuh percubaan tepat, namun The Blues hanya mampu menyumbat satu gol menerusi Nicolas Jackson, manakala jaringan Palace diperoleh daripada Eberechi Eze.

Maresca berkata, skuad kendaliannya layak untuk memenangi perlawanan tersebut berdasarkan deretan peluang untuk menjaringkan gol, namun ketumpulan jentera serangan selain kecekapan penjaga gol Palace, Dean Henderson menjadi penghalang.

“Memang kami merupakan pasukan yang lebih layak untuk memenangi perlawanan ini kerana banyak peluang menjaringkan gol. Walaupun tidak mengutip tiga mata tetapi saya fikir kami berada dalam landasan terbaik.

“Secara keseluruhan, permainan kami tidak terlalu teruk kerana hanya benarkan dua percubaan tepat ke arah pintu gol. Dengan permainan sebegini, saya fikir kami akan memenangi perlawanan akan datang,” katanya.

Bekas jurulatih Leicester City itu juga mempersoalkan keputusan pengadil yang tidak melayangkan kad kuning kedua kepada pemain tengah Palace, Will Hughes atas kekasaran dilakukan terhadap Cole Palmer.

“Perkara-perkara seperti ini sentiasa menjadi faktor penentu perlawanan. Ia (kekasaran) adalah kad kuning kedua tetapi pengadil berfikir sebaliknya, namun kami perlu menerima keputusan ini,” ujar Maresca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI