fbpx

Malaysia luluskan pelaburan RM160 bilion sepanjang 6 bulan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional di Mitec, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM160 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kesemua pelaburan tersebut melibatkan hampir 3,000 projek baharu yang akan membuka lebih 79,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional di Mitec di sini, hari ini.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pertumbuhan suku kedua Malaysia telah mencapai 5.9 peratus sekali gus menunjukkan ekonomi negara kembali memperlihatkan prestasi cemerlang.

Katanya, perkara itu tidak akan berlaku tanpa kerjasama pelbagai pihak termasuk dalam Kementerian Kewangan serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI