fbpx

‘Maaf kerana mencuri. Saya akan kembalikan wang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Witawat melakonkan semula kepada polis cara-cara dia mencuri. - Matichon

BANGKOK – Polis menahan seorang pencuri yang memecah masuk beberapa buah kedai di sekitar Bandar Buriram sebelum meninggalkan nota permohonan maaf atas perbuatannya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Suspek yang berusia 31 tahun, Witawat, diberkas semalam oleh polis setempat sebelum dia mengaku melakukan berbilang kecurian.

Menurut suspek, dia mencuri daripada beberapa buah premis termasuk kedai menjual barangan pembinaan dan restoran piza.

Selain wang tunai, suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit jenama iPhone, dua topi keledar serta beberapa barangan berharga bernilai sekitar 27,000 baht (RM3,430).

Suspek turut meninggalkan nota bagi memohon maaf atas perbuatan jenayahnya.

“Maafkan saya, saya enggan melakukannya (mencuri) tetapi sangat memerlukan wang. Saya tidak akan mengambil barangan lain dan akan mengembalikan (wang) suatu hari nanti,” ujar nota tersebut.

Witawat berkata, dia terpaksa mencuri kerana mengalami masalah kewangan, dengan keadaannya yang menganggur.

Dia juga terdesak untuk membeli susu anak serta merancang untuk menjual barangan yang dicuri di laman Facebook. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI