fbpx

Longkang busuk bau sisa masakan, mandian pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa MBDK menjalankan pemeriksaan terhadap salah sebuah kilang tersebut.

KLANG – Bau busuk dari sebuah longkang yang terpaksa ditanggung penduduk sekitar Jalan Korporat sejak sebulan lalu akhirnya membongkar pencemaran dilakukan dua buah kilang, semalam.

Dalam pemeriksaan kira-kira pukul 4 petang kemudiannya membawa penutupan sebuah kilang sekerap plastik, manakala sebuah lagi dikompaun Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Pengarah Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata, tindakan penguatkuasaan tersebut hasil aduan diterima daripada penduduk berhubung bau busuk dari longkang tersebut.

“Hasil pemeriksaan dilokasi mendapati longkang berkenaan telah diselaputi dengan bahan cemar minyak tepu dari kilang berhampiran.

“Penduduk di kawasan sekitar terpaksa menghidunya sejak sebulan lalu dan menimbulkan kacau ganggu kepada kehidupan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, dua premis berhadapan dengan longkang yang jaraknya kira-kira 20 meter dari kawasan perumahan telah diperiksa penguat kuasa MBDK.

Norfiza menegaskan, hasilnya sebuah kilang jenis kilang sekerap plastik telah arah tutup susulan pencemaran yang telah dilakukannya.

“Sebuah lagi kilang dikenakan kompaun kerana telah mengeluarkan efluen masakan dan mandian pekerja ke longkang tersebut,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Undang-Undang Kecil 22 Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian Majlis Perbandaran Klang 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI