fbpx

Lelaki kedua tertinggi tidur atas lantai di Perkampungan Paralimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Morteza (belakang) bergambar dengan rakan sepasukannya semasa sesi latihan pasukan bola tampar kebangsaan Iran di Tehran pada 20 Julai lalu. - AFP

PARIS  – Lelaki kedua tertinggi di dunia yang juga atlet sukan Paralimpik Paris 2024, Morteza Mehrzad  terpaksa tidur di atas lantai selepas penganjur tidak menyediakan katil bersesuaian untuknya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Morteza, 36, dari Iran, dilahirkan dengan sindrom  jarang berlaku digelar acromegaly.

Keadaan itu menyebabkan pertumbuhan berlebihan, menjadikan Morteza memiliki ketinggian 246.38 sentimeter atau lebih 8 kaki.

Dia merupakan juara dua kali sukan Paralimpik dalam acara bola tampar duduk dan menyasarkan untuk memperoleh hatrik pingat emas di ibu negara Perancis itu.

Namun, kemudahan katil yang sesuai dengan keadaan fizikalnya tidak disediakan di Perkampungan Paralimpik di Paris.

“Di Tokyo sebelum ini, ada menyediakan katil khas (untuk Morteza), namun tidak di sini (Paris).

“Dia akan tidur di atas lantai,” kata ketua jurulatih Iran, Hadi Rezaei.

Atlet-atlet pada sukan Olimpik bulan lalu turut merungut mengenai keadaan tempat tidur di Paris kerana mereka tidur di atas katil bujang diperbuat daripada kadbod. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI