fbpx

Lelaki Bangladesh tular pakai kemeja-T aktiviti sosial PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki Bangladesh memakai baju-t logo PDRM dengan tulisan IPD Barat Daya.

BALIK PULAU – Polis mengesahkan kemeja-T berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tular dipakai seorang lelaki warga Bangladesh tiada kena-mengena dengan penugasan rasmi pasukan terbabit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya terkesan dengan satu video berdurasi 19 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun TikTok kira-kira pukul 1.30 tengah hari, semalam.

Menurutnya, video tersebut memaparkan seorang lelaki warga asing memakai kemeja-T tertera tulisan ‘IPD Barat Daya’ beserta logo PDRM.

“Untuk makluman, kemeja-T tersebut dibuat sekitar tahun 2016. Tujuan penggunaan t-shirt ini adalah untuk aktiviti sosial seperti senaman, gotong-royong dan sebagainya.

“Sebarang penggunaan kemeja-T berkenaan tidak ada kena-mengena dengan penugasan rasmi PDRM di Barat Daya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Namun begitu katanya, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya mengambil maklum isu berkenaan dan orang ramai dinasihati untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI