fbpx

KPF agih dividen 5 peratus kepada 255,000 anggota koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Bainuri

PETALING JAYA – Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) mengumumkan pengagihan dividen sebanyak lima peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Pengahihan dividen yang telah diluluskan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM108.85 juta dam ia akan memberi manfaat kepada 255,000 anggota koperasi.

Pengerusi KPF, Datuk Mohd. Banuri Aris berkata, pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SKM atas pertimbangan bijaksana dan bantuan yang diberikan sepanjang proses itu.

Beliau berkata, kerjasama yang erat dengan SKM membolehkan KPF melaksanakan pengagihan dividen itu dengan lancar dan berkesan.

“Banyak proses dan peringkat yang telah dilalui untuk memastikan kepatuhan terhadap prosedur yang ditetapkan dengan bimbingan serta kerjasama yang diberikan oleh SKM kami berjaya melaksanakan tugas ini dengan lancar dan berkesan.

“Pengurusan KPF juga wajar dipuji atas dedikasi mereka dalam menyediakan semua dokumentasi yang diperlukan, memastikan setiap langkah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh SKM,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Bainuri berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Felda dan FGV dalam memastikan kesejahteraan peneroka, warga dan kakitangan terjamin.

Menurutnya, dengan kerjasama erat antara KPF, kumpulan Felda, dan kumpulan FGV, pihaknya berazam untuk terus memperkukuhkan kedudukan kewangannya demi manfaat bersama.

“KPF optimis bahawa dengan sokongan padu dari semua pihak, kami akan terus maju dan berkembang, seterusnya memberi manfaat yang berpanjangan kepada seluruh warga Felda.

“Kami berharap agar semua anggota terus memberikan sokongan padu kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh KPF.

“Koperasi ini akan kekal kukuh dan mampu menghadapi apa jua cabaran pada masa hadapan dengan kerjasama dan semangat kesatuan yang berterusan daripada semua pihak,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI