fbpx

‘Kes Da’i Syed wake up pendakwah, masyarakat hilang percaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIN Idris memberi teguran kepada golongan pendakwah muda agar lebih berwaspada dan bertindak sehingga mencemarkan nama baik golongan agamawan.

PETALING JAYA – Penceramah motivasi, Amin Idris menegaskan golongan pendakwah yang memegang gelaran tertentu perlu menjaga tingkah laku agar tidak memberi impak negatif terhadap diri sendiri dan masyarakat.

Menurut Amin, 43, kes jenayah seksual yang melibat Da’i Syed baru-baru ini juga perlu dijadikan ‘wake up call’ buat semua individu bergelar pendakwah.

“Kes Syed yang berlaku baru-baru ini adalah titik kesedaran buat semua golongan agamawan termasuk saya sendiri menilai semula cara untuk menyampaikan ilmu kepada orang ramai.

“Semua perlu berhati-hati sebab Allah SWT sedang menjaga aib kita semua dan jangan cari masalah sehingga boleh melondehkan aib,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dalam pada itu, Amin mengakui isu sebegitu memberi impak negatif terhadap nilai kepercayaan masyarakat terhadap golongan agamamawan.

Katanya, bagi menyampaikan ilmu agama, elemen penting adalah percaya.

“Sekiranya kurang elemen kepercayaan, sesebuah ilmu sukar untuk diterima, nilai kepercayaan sangat penting.

“Masyarakat Melayu khususnya di Malaysia, asalkan gelaran ustaz, mereka akan mudah percaya, tidak kiralah jual produk atau sebut hadis palsu.

“Walaupun Syed bukan individu yang ada pengajian di peringkat tertinggi dalam bidang Islam, orang melihat dia sebagai ustaz hanya kerana program realiti dia sertai.

“Isu sebegini menghakis kepercayaan masyarakat terhadap agamawan,” ujarnya.

Tambahnya, isu-isu yang melibatkan beberapa golongan agamawan turut memberi impak terhadap aktiviti keagamaan yang dijalankan pendakwah bebas lain.

“Apabila ada beberapa yang buat hal, tidak dinafikan memberi kesan kepada orang lain seperti program bersama masyarakat di masjid terpaksa dibatalkan.

“Bahkan, ada di antara mereka tidak mahu menggunakan gelaran yang dimiliki kerana risaukan krisis kepercayaan daripada orang ramai,” jelasnya.

Terdahulu, Syed atau nama penuhnya Syed Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 30 Ogos lalu selepas didapati bersalah atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.

Perkara tersebut sekali gus mengundang pandangan negatif daripada masyarakat terhadap golongan pendakwah sehingga meraih kecaman teruk alam media social. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI